Lapan Petua-Petua Orang Lama Untuk Kekal Cantik Semulajadi

8 PETUA ORANG LAMA UNTUK KEKAL CANTIK SEMULAJADI



⚪Melicin dan memerahkan kulit muka
⚫Menegangkan kulit muka
⚪Menghilangkan cagu
⚫Menyerikan wajah
⚪Menghaluskan kulit
⚫Menghilangkan bau badan
⚪Badan ringan dan bertenaga
⚫Melembutkan rambut

Petua orang dulu dulu amat berguna dan hasilnya pun bukan sekadar hanya dimulut bagai pengasas2 produk kecantikan sekarang ni. Untuk yang pentingkan kesihatan kulit dan dalaman patut cuba petua-petua yang dibawah ni.


MELICIN DAN  MEMERAHKAN KULIT MUKA 
Ambil  sebiji  buah  tomato  masak,  lecek  hingga  halus.  Kemudian  pupurkan  di sekuruh  muka.  Biarkan  mengering  selama  20  minit.  Bilas  dengan  air  bersih. Amalkan seminggu  2/3  kali.

Ambil   tepung   ubi   kayu   dan   mentimun. Timun   itu   hendaklah   di sagat/dihancurkan  terlebih  dahulu  atau  dilumatkan.  Kemudia  campurkan kedua-duanya  dengan  air  sedikit.  Kacau  rata  dan  jangan  terlalu  cair..  Selepas itu,  sapukan  ke  muka  dan  biarkan  ia  kering.  Kemudian  basuh.  Dengan  cara ini  ia  dapat  menegangkan  kulit  muka  serta  menampakkan  keputihan  di  muka dan menjadikan  kulit kita segar...

MENGHILANGKAN CAGU
Perahkan  sedikit  air  limau  kepada  kuku  yg  mencengkam  pada  daging  (cagu). Biarkan  selama  beberapa  minit.  Jika  boleh,  potonglah  kuku  yg  termasuk dalam  daging  tersebut.  Lakukan  2  kali  sehari  dgn  menitikkan  air  limau  pada cagu. Cagu akan beransur  pulih.

MENYERIKAN WAJAH
Wanita  yang  inginkan  wajahnya  sentiasa  berseri  apabila  dipandang  bolehlah mengamalkan  amalan  di  setiap  pagi  iaitu  selawat sebanyak  tiga  kali  sebelum mencuci  muka  dan  sapukan  air  itu  kemuka.  Insyaallah  akan  berserilah  wajah anda. Selamat mencuba.

MENGHALUSKAN KULIT
Buah  tomato  dikisar  halus.  Lumurkan  pada  muka  seberapa  ketika.  Sebaiknya dilakukan  pada  waktu  malam  kerana  tiada  gangguan.  Setelah  agak  lama,

MENGHILANGKAN BAU BADAN
Potongkan  limau  kasturi  dan  buangkan  bijinya.  Kemudian  makanlah  kulit limau  kasturi  itu  bersama  airnya.  Amalkan  selalu.

BADAN RINGAN DAN BERTENAGA 
Minum air  rebusan  serai  dan  halia  (yg  dititik),  kulit  kayu  manis  dan  lada  hitam.  Jika kita   meminum  air  rebusan  ini  pagi  dan  malam  insyaAllah  badan  akan menjadi  ringan  dan  bertenaga.  Selain  itu  utk  meningkat  tenaga  wanita, amalkan  pengambilan 4 biji  telur  mentah sehari.

MELEMBUTKAN  RAMBUT
Ambil  secekak  kangkung  dan  bersihkan.  Masukkan  dlm  bekas.  Bubuh  enam camca  air  suam  dan  ramas  kangkung  hingga  mengeluarkan  lendir.  Lendir  itu sapukan  pada  seluruh  rambut  dan  biarkan  seketika.  Kemudian  bilas  rambut dengan air  bersih. Lakukan  selama dua minggu.

Ulasan