Alarm Kereta Tak Boleh Nak Detect Walaupun Berkali-Kali Tekan ? Kat Sini Jawapannya. | Perkongsian Pengalaman Aku

Honda City Yang Pakai Alarm Cobra
Pernah dengar tak kes remote alarm tak berfungsi bila tekan remote tu kete kita tak detect...? Ni abe citekan pengalaman abe sendiri.. 17 Julai 2015 ( Jumaat ) dah larrr ni hari raya pertama dan raya pulak kat hospital. Sebab ayahanda  Baca Artikel Penuh
abe baru lepas operate jantung dia buat bypass.

Lepas sembahyang raya tu abe terus ke Hospital Universiti Sains Malaysia dekat Kubang Kerian, Kota Bharu , Kelantan. Masa sampai tu time abe nak lock kete memang dah nampak respon alarm tak detect.Tapi rilek je abe jalan ke wad.. duk dalam wad kurang lebih hingga jam 10 malam kot pastu pegi kat kete. Semua barang-barang nak bawak balik dah penuh dua belah tangan ni. Tekan je remote, kete takde respon. Berpuluh-puluh kali tekan takde respon. Panas rasa !!

Abe uturn masuk bilik wad semula, ajak abang ipar nak settle benda ni. Abang ipar try bukak guna kunci dan bila nak start alarm pulak bising. 4 5 kali try start dalam masa sama tekan butang hitam yang kecik tu. Ada belah kanan kat bawah stereng.. last2 dapat jugak kete dihidupkan.

Iklan Gel Gambir Jantan

Kira ok lah kan then balik rumah lock kete secara manual n terus tido.Esoknya bila bukak kete secara manual n bila nak start alarm kete plak bising ! Phuiii... abe pun pegi la beli bateri remote yang lain kot2 la remote alarm tu low battery. Tapi tak jadik jugak. Last2 pegi ke hospital dengan kete kancil

Bateri Remote Alarm CR 2016 3V
Malam tu abe ada google cara penyelesaian, alhamdulillah jumpe solution. Jumpa dalam satu blog brader ni tapi dah lupa. Tapi link yang dia share tu abe ada save Klik Sini Untuk Manual Book Reset Alarm Kereta Yang Lain . Dalam ni banyak sangat manual yang boleh dicari. Dorang ni antara pengeluar sistem sekuriti yang paling banyak dan terbaik baik abe. Untuk honda city 08 memang pakai sistem sekuriti ni dipanggil Cobra Alarm. Okey lah ni tutorial abe ajarkan kat bawah..

Cara Reset Remote Alarm Honda City
Dekat remote Cobra Alarm tu ada dua butang yang mana 1 butang besar 1 lagi butang kecil. Yang butang besar tu kita namakan Butang A dan butang kecil pulak kita namakan Butang B. Apa yang korang perlu lakukan bila jadi situasi macam abe.. korang beli je dua biji bateri CR 2016 3V dan tukar. Lepas tukar ikut langkah kat bawah.

1. Duduk bersebelahan kereta korang bila tukar bateri remote tu..sebab remote tu akan hantar signal untuk alarm kete.

2. Tekan butang A dan Butang B (tekan dua-dua sekali dalam masa yang sama) dan biarkan beberapa saat n oorang akan tengok lampu LED di remote tu berkelip dan biarkan sehingga lampu LED tu berhenti berkelip.

3.Lepas je lampur LED tu brhenti Tekan butang A sebanyak 2kali dan tunggu respon dari alarm kete tu.Pastikan korang dapat respon dari alarm kete korang. Kalau tak ada. Cuba ulang step pertama.

4.Kalau tak de respon jgk... mungkin remote atau alarm kete yang rosak. Pegi cek dengan yang bertauliah

Alhamdulillah kete abe berjaya di selamatkan :D  satu ilmu yang bermanfaat.. kalau panggil pomen yang kaki kencing... tak pasal2 kena makan RM1300 utk set alarm tu..
Kalau korang rasa nak kongsi, silakan :) harap dapat membantu.

Mencari cover remote ni ? bleh whatsapp saya 0132996816

Anda juga mungkin berminat untuk membaca posting ini Berapa Harga Cover Remote Cobra ?