Ramadhan Yang Sayu Buatmu Isteri

Tahun ni sebenarnya tahun yang aku patut gembira meraikan ramadhan sebab dapat disambut bersama isteri tercinta tapi terlalu banyak dugaan dari hari pertama aku kahwin sehingga ke hari ni..

hidup aku semakin tidak menentu, seperti tiada arah tuju hendak aku ccapai.. sepatutnya aku membawa, memimpin isteri tercinta ke arah yang lebih bahagia. tapi aku tahu, ini adalah kerana dosa-dosa aku yang lalu, kafarah.


tapi balasan dosa-dosa aku menyebabkan isteri aku juga menerima tempias. Hidup yang dulu bahagia bersam keluarganya kini tiada lagi. Aku sedar, tapi aku tak pernah untuk berubah. Sedihnya hanyaa tuhan yang tahu. Mungkin jika fikir secara positif, masih banyak insan yang menerima dugaan lebih hebat dari yang aku tempuhi sekarang ni.




Maafkan aku duhai isteri tercinta, engkau terlalu baik buat aku, salah satu rezeki yang Allah kurniakan buat aku. Aku bersyukur, termat-amat syukur. terima kasih sayang. Semoga hidup kita didepan hari lebih bahagia, lebih diredhai Allah.

Maafkan suamimu, kerana selama kita dalam ikatan yang sah ni, belum pernah aku menjadi seorang SUAMI. Jika nak diluahkan, terlalu banyak untuk aku coretkan, maafkan aku. Aku akan cuba mendalami sebenar-benar ilmu untuk menjadi seorang SUAMI terbaik untukmu. AMIN

Ulasan