Alarm Kereta Tak Boleh Nak Detect Walaupun Berkali-Kali Tekan ? Kat Sini Jawapannya. | Perkongsian Pengalaman Aku
Alarm Kereta Tak Boleh Nak Detect Walaupun Berkali-Kali Tekan ? Kat Sini Jawapannya. | Perkongsian Pengalaman Aku
![]() |
Honda City Yang Pakai Alarm Cobra |
abe baru lepas operate jantung dia buat bypass.
Lepas sembahyang raya tu abe terus ke Hospital Universiti Sains Malaysia dekat Kubang Kerian, Kota Bharu , Kelantan. Masa sampai tu time abe nak lock kete memang dah nampak respon alarm tak detect.Tapi rilek je abe jalan ke wad.. duk dalam wad kurang lebih hingga jam 10 malam kot pastu pegi kat kete. Semua barang-barang nak bawak balik dah penuh dua belah tangan ni. Tekan je remote, kete takde respon. Berpuluh-puluh kali tekan takde respon. Panas rasa !!
Abe uturn masuk bilik wad semula, ajak abang ipar nak settle benda ni. Abang ipar try bukak guna kunci dan bila nak start alarm pulak bising. 4 5 kali try start dalam masa sama tekan butang hitam yang kecik tu. Ada belah kanan kat bawah stereng.. last2 dapat jugak kete dihidupkan.
![]() |
Iklan Gel Gambir Jantan |
Kira ok lah kan then balik rumah lock kete secara manual n terus tido.Esoknya bila bukak kete secara manual n bila nak start alarm kete plak bising ! Phuiii... abe pun pegi la beli bateri remote yang lain kot2 la remote alarm tu low battery. Tapi tak jadik jugak. Last2 pegi ke hospital dengan kete kancil
![]() |
Bateri Remote Alarm CR 2016 3V |
Cara Reset Remote Alarm Honda City
Dekat remote Cobra Alarm tu ada dua butang yang mana 1 butang besar 1 lagi butang kecil. Yang butang besar tu kita namakan Butang A dan butang kecil pulak kita namakan Butang B. Apa yang korang perlu lakukan bila jadi situasi macam abe.. korang beli je dua biji bateri CR 2016 3V dan tukar. Lepas tukar ikut langkah kat bawah.

1. Duduk bersebelahan kereta korang bila tukar bateri remote tu..sebab remote tu akan hantar signal untuk alarm kete.
2. Tekan butang A dan Butang B (tekan dua-dua sekali dalam masa yang sama) dan biarkan beberapa saat n oorang akan tengok lampu LED di remote tu berkelip dan biarkan sehingga lampu LED tu berhenti berkelip.
3.Lepas je lampur LED tu brhenti Tekan butang A sebanyak 2kali dan tunggu respon dari alarm kete tu.Pastikan korang dapat respon dari alarm kete korang. Kalau tak ada. Cuba ulang step pertama.
4.Kalau tak de respon jgk... mungkin remote atau alarm kete yang rosak. Pegi cek dengan yang bertauliah
Alhamdulillah kete abe berjaya di selamatkan :D satu ilmu yang bermanfaat.. kalau panggil pomen yang kaki kencing... tak pasal2 kena makan RM1300 utk set alarm tu..
Kalau korang rasa nak kongsi, silakan :) harap dapat membantu.
Mencari cover remote ni ? bleh whatsapp saya 0132996816
Anda juga mungkin berminat untuk membaca posting ini Berapa Harga Cover Remote Cobra ?